Saturday, August 28, 2010

Trip Mr Ah Poh 21-22 August 2010




Trip Mr Ah Poh on 21-22 August 2010
( Bulan Puasa lak tu )

Pada minggu ini kawan berkesempatan untuk membuat laporan bagi trip Mr. Ah Poh iaitu pemancing tegar dari negara jiran Singapore iaitu salah seorang pelanggan yang sering menggunakan perkhidmatan bot kami selama ini.

Beliau sampai di jeti Tg. Leman pada jam 1000 Hrs ,tepat sepertimana yang dijanjikan,selepas memunggah segala peralatan memancing dan lain-lainnya ke dalam bot Gloria serta memunggah bekalan ais batu,maka kami pun berlepas dari Jeti Tg. Leman lebih kurang jam 1030Hrs ke lokasi pertama .Kami sampai di lokasi pertama setengah jam kemudian...lokasi dirahsiakan...ke ke ke...jangan marah..sebenarnya banyak spot yang dijelajah sampai kawan pun tak ingat spot mana dulu yang kami pergi selama 2 hari tersebut..jadi untuk memendekkan cerita layan lah gambar di bawah ni sebagai kenang-kenangan...




Tekong Menghala ke Lokasi dengan bot Gloria.



Mr Ah Poh (berbaju belang-belang) sendiri selaku pointer bagi peserta trip pada kali ini



Uncle....jangan tak percaya...sampai patah rod beliau..jadi bayangkanlah berapa berat ikan yang terlepas tu.


Trip beliau pada kali ini turut disertai oleh 2 pemancing perempuan yang tegar.



Antara peserta yang turut serta



Peserta berposing....



Acara memilih ikan sebelum dilelong,walaupun hasilnya hanyalah ikan bersaiz kecil,namun lepaslah kalau untuk dibuat lauk seminggu...



Keseluruhan hasil tangkapan,cuma seekor tenggiri yang tersesat dan berjaya dinaikkan pada kali ini


Encik Comat selaku krew Gloria pada kali ini,dengan rasminya menutup trip pada kali ini...
dengan confident nya bergaya dengan tenggiri lak tu...




SEKIAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT MENJAYAKAN
PROGRAM PADA KALI INI...



No comments:

Post a Comment