Sunday, February 23, 2014

Tempahan Bot Pancing Mersing 2014 @ Fishing Boat Booking 2014

Bagi urusan tempahan bot untuk tahun 2014 pelanggan boleh membuat semakan kekosongan tarikh pada jadual " booking " bot kami DISINI

Segala pertanyaan boleh diajukan ke talian dibawah :-


012-2476126 - Shahril
012-2649460 - Norridah


Jangan Segan,Jangan malu,setiap pertanyaan akan dilayan,tanya tak kena bayar,

Sekian Terima Kasih daun keladi,hingga berjumpa lagi. Jumpa Kami di Pulau Tinggi,Mersing,Johor.

Wednesday, February 19, 2014

Jadual Air Pasang Surut Tanjung Leman,Mersing,Tide Station Sedili 2014

Bot pancing Mersing,Tanjung Leman,Sedili
Jadual Air Pasang Surut Tanjung Leman,Mersing,Tide Station Sedili 2014


Disini kami lampirkan jadual air pasang dan surut untuk rujukan rakan pemancing ,jadual ini hanyalah sebagai rujukan untuk membuat perancangan awal persediaan rakan pemancing yang akan membuat trip memancing di sekitar kawasan Tanjung Leman,Sedili dan sekitar perairan Mersing.
Jadual ini berpandukan kepada stesen pemantauan pasang surut di Sedili atau lebih dikenali sebagai " Tide Station "

Untuk lebih rujukan sila semak di PAGE Jadual Air Pasang Surut DISINI


Wednesday, February 12, 2014

Trip Memburu Merah 2014 -Pulau Tinggi,Mersing,Johor

Lokasi : Pulau Tinggi
Jajahan : Mersing
Jeti : Tanjung Leman
Tide Station : Sedili


Salam kepada semua pengunjung laman web ini,baru-baru ini kawan telah berkesempatan untuk membuat liputan keatas trip pancing kami sendiri pada awal February 2014 sebagai trip pembuka ambang 2014.Trip suka-suka hati pergi memancing ini dianjurkan oleh isteri kawan dengan dipandu oleh tekong yang tidak asing lagi ...Encik Shahrom sendiri pada kali ini dan disertai oleh peserta yang tidak asing lagi,ibu mertua kawan,Encik Eddy selaku pembantu Tekong,Encik Fadil sebagai pembantu Tekong nombor 2 dan kawan sendiri sebagai wartawan rasmi trip kami ini dan beberapa pelanggan ibu mertua kawan yang ingin merasai pengalaman memancing di laut kerana tidak pernah turun memancing di laut dalam...he he...

  Pada jam sekitar 1030Hrs 26/01/2014 ,setelah menikmati sarapan pagi dengan hidangan capati yang dimasak oleh ibu mertua kawan...kami mengorak langkah menuju ke jeti Kg. Pasir Panjang menuju ke bot Duyung II yang telah sedia menanti kami.


 Keadaan langit cerah dengan awan gemawan,angin bertiup sepoi sepoi bahasa,ombak beralun lembut namun dari jeti jelas kelihatan di kejauhan ombak memutih bergulung kecil menandakan keadaan ombak diluar dari jeti agak bergelora tidak seperti damainya ombak di kaki jeti.


 
Antara peserta yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke perairan Pulau Tinggi




Sekitar 1045Hrs,setelah semua peserta menjejakkan kaki kedalam bot Duyung 2,tali yang mengikat bot dan jeti dilepaskan dan tekong mengemudikan bot ke lokasi yang tidak dapat kami pastikan...namun perjalanan agak selesa dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.


 Air beransur surut ketika kami meninggalkan jeti Pasir Panjang.Anak kawan si Aleeya Maisara turut serta pada trip kali ini.




Sekitar jam 1125Hrs kami pun sampai di lokasi pilihan Tekong Encik Shahrom pada hari ini,dan masing-masing tidak sabar lagi untuk melabuhkan mata kail masing-masing,dan tidak perlu menunggu lama mata kail kami telah direntap kasar menunjukkan spesis yang agak besar telah merentap umpan di mata kail kami,dan inilah rupanya spesis yang telah membaham mata kail kami rupanya.


Dan peserta lain turut diserang oleh spesis ini secara bertalu-talu tanpa memberi peluang memandangkan spesis ikan merah ini diketahui bergerak secara berkumpulan,peserta dihadapan bot pula bergilir-gilir menaikkan mata kail masing-masing


Tekong Shahrom menunjukkan hasil yang berjaya dinaikkan...sekali naik 2 ekor pulak tu...membuat peserta lain tidak senang duduk..


Pembantu tekong juga tidak mahu mengalah...




Awak-awak encik Mail pun tak terlepas peluang meskipun cuma menggunakan joran cap kitang@ambor..



Yang isteri kawan ni pulak sibuk melayan selar ketika orang lain sibuk melayan merah...



Pembantu Tekong ....Encik Fadil pula sibuk menaikkan si Ebek ketika orang lain bergelut menaikkan si Merah....






Inilah hasilnya pada hari ini,16 Ekor Merah,1 ekor Ebek dan sebaldi selar...lepas sangat untuk dibuat lauk untuk seminggu kami disini.



Pada jam lebih kurang 1420Hrs,tekong Encik Shahrom meminta semua peserta menggulung tali pancing kerana cuaca mula berubah menjadi bertambah buruk disusuli perubahan tiupan angin yang semakin kuat,ada peserta yang seolah-olah kecewa dan tidak puas melayan ikan merah,namun arahan dari tekong berpengalaman ini tidak boleh dipandang rendan...semua peserta terpaksa akur dengan arahan yang diberikan,dan kami pun bertolak pulang ke jeti Pasir Panjang,dan tiba di jeti lebih kurang jam 1540Hrs.Keadaan di jeti jauh berbeza dari lokasi memancing kerana kedudukan strategiknya  yang terlindung dari tiupan angin.



Sekian Terima Kasih kerana sudi singgah disini..
..

////////////////Bot Pancing Mersing/////////////