Saturday, January 22, 2011

Tamak Haloba Membawa Padah...-Tragedi Bot Karam-Tanjung Leman-Pulau Sibu-Mersing

BOT KARAM-PULAU SIBU-TANJUNG LEMAN-MERSING




Salam untuk semua....mungkin ramai yang telah sedia maklum dan tahu tentang tragedi bot karam di kawasan tempat kawan mencari rezeki baru-baru nie..pada malam kejadian pun kawan try search Mr Google dah ada report tentang kejadian tersebut walaupon belum lagi diwar-warkan didalam akhbar dan media utama...namun kebanyakan berita yang disampaikan hanyalah cerita luaran yang hanya dicedok ataupun COPY N Paste like that...tanpa mengetahui kemelut sebenar yang melanda di tempat kejadian...dan untuk makluman jugak..aku memang berada di tempat kejadian pada hari tersebut...tapi disebabkan terlampau banyak sangat review oleh pelbagai pihak,baik media mau pun blogger sendiri..jadi malas lah aku nak menulis pasal nie..lagi pun tak ada orang yang nak tanya pun tentang nie...jadi apa yang aku nak tuliskan disini adalah luahan hati dan sebagainya...bukan untuk mengejar trafik ....cuba lihat petikan dari sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan berita tentang kejadian tersebut..

"JOHOR BAHRU: Tiga lemas dan dua hilang apabila sebuah bot yang membawa 29 pelancong - melebihi dua kali ganda berbanding muatan yang dibenarkan, terbalik selepas dipukul ombak di perairan Mersing, 300 meter dari Jeti Tanjung Leman dekat sini, semalam. Ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, bot itu yang hanya dibenarkan membawa 12 penumpang, dikatakan dinaiki 19 pelancong Singapura, sembilan pelancong tempatan dan seorang warga China yang sebelum itu bercuti di sebuah kelong di Pulau Sibu. Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid, ketika ditemui mengesahkan bot terbabit membawa lebih muatan dan pengusaha kelong berusia 67 tahun serta tekong bot berusia 64 tahun kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian itu, tiga pelancong Singapura, Low Lee Jun, 33, Chua Lim Khoon, 45, dan Adrian Tan, 67, lemas manakala dua lagi, Eng Kian Tek, 44, dan Tor Soon Kwee, 41, juga dari Singapura, masih hilang.
Pelancong itu dikatakan ke kelong terbabit pada pagi Sabtu untuk bercuti sebelum pulang ke jeti Tanjung Leman, tengah hari semalam.

Mohd Nor berkata, siasatan awal mendapati bot terbabit terbalik 300 meter dari jeti Tanjung Leman akibat dipukul ombak kuat menyebabkan semua mangsa terjatuh ke dalam air.

"Pihak berkuasa yang dimaklumkan mengenai perkara itu terus ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja mencari dan menyelamat.

“Seramai 24 penumpang dan satu kru bot berjaya diselamatkan dan dibawa ke Balai Polis Sungai Ambat, Mersing untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan. Tiga yang terbunuh dibawa ke Hospital Mersing untuk dibedah siasat," katanya.

Beliau berkata, gerakan mencari dua lagi mangsa dijalankan dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Marin dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mohd Nor meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis bagi membantu siasatan.

Petikan "Terbalik selepas dipukul ombak" itu menarik perhatian aku..sebab aku keluar dari Pulau Tinggi lebih kurang 15 minit dari masa kejadian tersebut..dan dalam perjalanan aku ke Tanjung Leman tu,ombak bukan lah kuat sangat..bagi yang tak biasa ke laut mungkin lah akan cakap kuat..tapi bagi pemancing tegar ombak seperti itu adalah pada kadar "BIASA"..yang mana tidak akan menjejaskan kestabilan bot...jadi mari kita lihat bagaimana bot malang tersebut boleh menjadi mangsa pada hari tersebut.




Pemilik - Tauke Kelong
No Pendaftaran - JMS 00168P - (P -Passanger/Penumpang)
Kapasiti - 12 penumpang
Tekong - Orang Kampung (Makan Gaji Bulan) Umur 67Thn

Jadi disini...yang menjadi mangsa keadaan adalah tekong tersebut..kerana beliau hanya mencari sesuap nasi dengan memandu bot ,gaji beliau dibayar tetap secara bulan ,tugas beliau pulak memandu bot dan membawa penumpang serta kargo keluar masuk disamping menjaga kebersihan bot dan penyelenggaraan bot tersebut.Disini istilah menjaga bot adalah berbeza dengan menjaga kereta..kerana kereta dipandu diatas jalan raya,disimpan didalam garaj atau pun tepi jalan...manakala bot terapung di laut dan disimpan juga di permukaan laut...yang menyebabkan bot terapung adalah rekabentuk bot itu sendiri dan material yang digunakan....dalam kes ini bot tersebut adalah bot kayu yang telah berusia lebih 20 tahun..dan aku percaya mesti terdapat kebocoran di rekahan2 kayu badan bot itu sendiri...oleh sebab itu semua bot kayu dilengkapi dengan "bielge pump" atau lebih dikenali sbg "Pam Petak",tugasnya ialah untuk membuang air yang masuk melalui rekahan tersebut..dan kebanyakan "Pam Petak" kini dijalankan secara automatik dengan menggunakan sistem paling mudah..mcm dalam "Pam Tandas"...yakni ada pelampung yang akan "Trigger Switch" untuk "ON" kan pam tersebut apabila air masuk...tapi kelemahan pam tersebut pulak ialah mudah rosak dan kadang-kadang tersangkut pada mode "ON" iaitu pelampung tersangkut tidak turun walaupun air telah kering-akibatnya= Pam terbakar/Rosak...

Oleh sebab itu pam ini perlu diperiksa setiap hari,dan telah menjadi rutin semua pemilik/penjaga bot untuk memeriksa pam ini setiap hari,paling tidak pun 1 x sehari dan lagi bagus 2 x sehari...tetapi dalam keaaan bot malang itu..tekong hanyalah makan gaji,dan bot tersebut bukan lah milik beliau..jadi kawan percaya,kaedah ini tidak dipraktikkan sebaik mungkin...dan pada hari kejadian mungkin pam tersebut tidak berfungsi,dan tekong pulak terlampau sibuk mengemudi bot dengan ombak yang sedikit beralun,tiada masa untuk mmeriksa pam petak tersebut dan akibatnya -Nyawa Melayang.

Tauke Kelong / Pemilik Bot

Hanya mementingkan keuntungan semata-mata,sedangkan beliau boleh membuat 2 x trip untuk membawa keluar penumpang dari kelong beliau ke Tanjung Leman,tetapi ini sudah membabitkan kos yang lebih,bot malang tersebut hanyalah bersize separuh dari bot kawan,dimuatkan dengan 30 x Penumpang ,contoh 1 x penumpang bersize 70Kg x 30 = 2100 ( 2 tan 100kg) + beg/kargo dah jadi berapa...tapi ini belum cukup untuk menenggelamkan bot..kerana pada perkiraan kawan bot tersebut masih mampu membawa muatan hampir 4 tan..sebabnya seperti diatas..mungkin separuh muatan bot tersebut adalah air didalam petak yang banyak lantaran pam petak tersebut rosak...jadi badan bot telah semakin mendak,dan apabila air memercik di sebelah bahagian bot,penumpang mula berpindah ke sebelah lain untuk mengelakkan percikan tersebut..akibatnya bot senget sebelah...sangat sempurna untuk menenggelamkan bot malang tersebut...Memang tauke kelong ini terkenal dengan sikap tamak dan kedekutnya...bayangkan lah...pernah dulu beliau hendak menyewa bot kawan dengan harga Rm 200.00 untuk 1 trip,dah la tu..penumpang lak disumbat sebanyak mungkin..kargo lain jgn cerita lah...jadi kawan cakap "Boleh Blah"..."Lu Cari Bot Lain Lah"....

Sudah lah tidak memadai..kawan nak kira gaji tekong,awak2,minyak bot,maintainace bot...lebih baik bot tak jalan dari buat kerja yang menyakitkan hati mcm nie.Bila dah jadi macam nie..siapa yang naya??orang yang tidak bersalah menjadi mangsa...mangsa mungkin terfikir yang situasi adalah merbahaya,tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana tauke kelong telah memberi jaminan "Ini biasa punya","Hari-hari pun kita jalan ini macam punya"...

Gambar tak sempat kawan nak ambik,sebab sibuk memunggah barang ke dalam kereta,lagi pun bawak anak kecik...kang tak pasal2 lak anak kawan yang kecik tu meragam ...sebab masa lalu kat jeti tu,(body) mangsa msih belum dibawa ke hospital...masih di jeti tu lagi...hilang mood kawan nak wat cerita menjaring dek sebab cerita nie...sebab pagi tu sesudah subuh kawan sempat angkat jaring sebelum bersiap untuk balik...konon2 nak wat repot..tapi jadi repot lain lak ...hmm macam2 hal...






No comments:

Post a Comment