Thursday, September 2, 2010

Trip Santai Ramadhan Sambil Tunggu Berbuka

TRIP SANTAI RAMADHAN SAMBIL TUNGGU BERBUKA...
28-29 August 2010


Salam Ramadhan untuk semua...

Pada 27 August 2010 aritu..isteri kawan yang terchenta telah mengajak kawan balik ke Pulau Tinggi yang dirindui..walaupun berat hati nak balik,tapi disebabkan desakan isteri kawan yang membuak-buak terpaksa jugak kawan turutkan...


Pada jam 1800hrs ..27/08/2010 kawan sekuarga pon berlepas ke Pulau Tinggi dari Tangkak..tanpa peranchangan untuk memanching adanya...
kami berbuka di tengah jalan seadanya..dengan harapan untuk berbuka di Kluang railway stations di Bandar Kluang..namun apakandaya..sebaik sampai di depan Kedai Railway Stations tersebut,tetiba kami tengok kedai tersebut dah tutup atau pon memang tak bukak kot aritu..jadi plan B terpaksa lah diguna pakai..jadi kami tanya lah puteri kami si Aysha..nak makan apa??dan jawabnya - Pizza...hmm ,pizza pon pizza lah.. 

Setelah selesai urusan santap menyantap..kami pun berlepas ke Tg. Leman...dan sampai di jeti jam sudah menunjukkan jam 1200thg malam..dan tekong encik Shahrom dah pun menunggu kami dengan makcik Azimah sekali...bapa mertua dan emak mertua kawan lah tu...dan sampai di Pulau Tinggi jam dah pun menunjukkan 01.30 pagi...lepas membersihkan diri kami pun mengambil tempat di tilam empok untuk meluruskan badan selepas penat memandu ...
krohh krohh krohh..

Jam 04.30Hrs..isteri kawan mengejutkan kawan untuk bersahur..lepas bersahur dan semayang subuh..kawan pun amik port kat tilam balik...konon2 nak sambung tido lah tu..

Tiba-tiba kawan terdengar sayup2 seperti ada org memanggil kawan...berat mata nie nak bukak,sebab kawan baru lah plan nak membuta sampai ke petang aritu..bukak je mata,tengok isteri kawan di sebelah kawan..."bang..oo bang..bangunlah..ayah mintak tolong dia tengokkan bot.." dalam hati kawan.."aahh setakat tengokkan bot,apa ada hal..tengok aje lah"

Lepas tu kawan pun bangun dan basuh muka..tengok jam baru pukul 11.00 pagi..lepas tu kawan pon kuar lah..dan encik Shahrom lak mintak tolong dia betulkan enjin bot Gloria..katanya water pump hose nak kena tukar..jadi kawan pun dlm terpaksa ...terpaksa lah ikut jgk..lepas siap bermain dgn minyak itam kat dlm petak bot tu..tgk jam dah 12.45...jadi mandi2 dan semayang zuhur..lagi sekali encik Shahrom memanggil kawan..rupa-rupanya beliau nak mengajak kawan pegi memancing...alamak..tgh2 panas nie nak pg mancing?? kata kawan dlm hati lah..pastu encik Shahrom menyampok lagi "mmg panas nie,tapi ni kerisi tgh makan ni" mcm tau-tau je apa yang kawan cakap dalam hati tadi tu..mau tak mau terpaksa lah ikut..jaga hati org tua lah katakan..

Jadi kawan,isteri kawan dan 3 anak kawan semua pun pegi..dgn si eddy..makcik Azimah dan anak2 sedara kawan keluar kat laut depan umah tu je..jarak perjalanan pun cuma 15 minit tak sampai..kami keluar dgn bot "Duyung" je aritu..sebab bawak baby kawan yg baru nak masuk 9 bulan tu..jadi bawak "Duyung" senang sikit nak tidorkan dia nanti..

Yang kawan nih mmg tak prepare untuk memancing...jadi nasib baik lah kat dalam beg tu ada sikit batu ladung dgn appolo..bila sampai je kat port tu ..masing2 pon mencuba nasib ...tengok lah gelagat memasing kat bawah nie...


Assistant Tekong sedang menyiapkan bot..



Sampai je di lokasi,makcik Azimah terus mencampakkan appollo beliau tanpa menunggu kebenaran dari tekong lagi..



Seterusnya diikuti oleh lain-lain peserta ...



Budak-budak nie pun kemain lagi..anak2 sedara kawan



Amboi-amboi..bukan main lagi memanaskan keadaan yg dah sedia panas...



Hai Bro..senyap-senyap je kat sebelah sana...



Nie lak kawan ...layan zasss...

Kesian mama dia..tak dapat nak mancen..bila si Aleeya dah mengarok..
nak kena dodoikan aje lah..nanti lepas raya kita balik lagi tau mama..


Nie sesi penggambaran lepas balik dari mancen...

Nie lah hasilnya lepas trip ditutup secara rasminya lepas si Aleeya Maisara
merengek-rengek kepada mamanya mintak balik..pada jam 1700hrs...



Pada malamnya kami pun pakat ramai-ramai mengambil bahagian dalam acara membakar kerisi ni
sambil dicicah dengan air asam lepas solat tarawikh..

SEKIAN WABILLAH HI TAUFIK WAL HIDAYAH...

Semoga berjumpa lagi di hari yang sama di minggu depan...

No comments:

Post a Comment