Wednesday, December 18, 2013

Bot Jabatan Taman Laut Pulau Tinggi Karam dipukul ribut






Pulau Tinggi,Mersing,Johore.

19 December 2013

  Musim tengkujuh tahun 2013 ini agak kuat berbanding tahun lepas,meskipun penduduk di gugusan kepulauan Pulau Tinggi dan Pulau Sibu tidak terlibat dengan ancaman banjir,namun masih terdedah dengan ancaman ombak di musim tengkujuh saban tahun.

   Manakan tidak,penduduk kampung di gugusan kepulauan ini bergantung harap kepada bot sebagai pengangkutan utama untuk keluar dan masuk ke pulau,biar pun terdapat berbagai jenis saiz dan enjin yang digunakan,namun dari segi penjagaan bot di laut ,secara teknikalnya adalah sama,kerana kebanyak bot bersaiz besar tidak dapat ditarik naik ke darat seperti mana bot-bot kecil yang menggunakan enjin sangkut contohnya seperti sebuah bot fiberglass bersaiz 18 kaki dengan enjin 60 kuasa kuda ( Kk ),bot seperti ini masih lagi boleh ditarik naik ke darat apabila berdepan dengan cuaca lautan yang ganas demi menyelamatkan bot dan enjin sangkut tersebut.Namun apabila melibatkan bot bersaiz besar di lokasi terpencil seperti Pulau tinggi ini,tiada kemudahan mesin mahu pun kren untuk menarik bot tersebut ke darat,jesteru itu,teknik dan pengalaman di laut sangatlah diperlukan agar bot tersebut terus kekal terapung di atas air memandangkan harga peralatan marin pada masa ini bukanlah murah.

      Baru-baru ini,tengkujuh 2013 di Pulau Tinggi ini telah meragut mangsanya yang pertama,iaitu bot milik Jabatan Taman Laut Mersing yang bertanggungjawab menjaga perairan Taman Laut Mersing sekitarnya.Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan pada ketika itu.Menurut sumber,bot tersebut dimasuki air ketika sedang ditambat dihadapan jeti Kg. Pasir Panjang,Pulau Tinggi,Mersing .Pada waktu kejadian,ombak setinggi 2.5 - 3 meter disusuli angin kencang menyebabkan air mencurah masuk ke dalam bot milik mereka hingga menyebabkan bot tersebut tenggelam.

     Sehingga berita ini ditulis,bot tersebut telah berjaya dinaikkan dan ditunda ke Jeti Tanjung Leman untuk tindakan lanjut dari pihak Jabatan Taman Laut.Kerugian dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit.




Saturday, December 14, 2013

Pengumuman / Makluman

Assalamualaikum Dan salam Satu Malaysia,

Disini kawan ingin membuat pengumuman,kerana kesibukan tugas sejak kebelakangan ini,kawan tidak dapat menguruskan tugas menerima tempahan untuk pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan bot pancing kami,justeru itu ,tugas mengambil tempahan "booking " bot pancing ini akan diambil alih oleh isteri kawan di talian dibawah ini :

012-2649460 - Norridah

Bagi pelanggan yang telah membuat tempahan melalui kawan sebelum ini ,masih boleh menghubungi kawan untuk keterangan lanjut.

Sekian Terima Kasih,

Kepuasan Anda Komitmen Kami. 






Friday, December 13, 2013

Garmin Map - Free Malaysia & Singapore GPS Map: MFM-Garmin 131202 from www.malfreemaps.com

Free Malaysia & Singapore GPS Map: MFM-Garmin 131202
Malfreemaps.com has released their newest maps version 131202


Download Link


CHANGE LOGS
  • Singapore - New!
  • Perlis, Kedah & Penang - New!
  • Perak - New!
  • Pahang, Terengganu & Kelantan - New!
  • KL & Selangor - New!
  • Negeri Sembilan
  • Melaka - New!
  • Johor - New!
  • Sabah - New!
  • Sarawak - New!
  • Brunei
  • Thailand 
This info is directly from official Malfreemap.com

Friday, September 27, 2013

Port Circular 14/2013

Port Circular 14/2013


Friday, August 23, 2013

NEW LIGHT BEACONS ESTABLISHED TANJUNG LEMAN

NEW LIGHT BEACONS ESTABLISHED TANJUNG LEMAN

JABATAN LAUT MALAYSIA
IBU PEJABAT LAUT
PETI SURAT 12, JALAN LIMBUNGAN
42007 PELABUHAN KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN
P
 

NOTICE TO MARINERS NTM 99/2013
Telefon : 03-3346 7777 Emel : kpgr@marine.gov.my
Faksimili : 03-3168 5289 Laman Web : http://www.marine.gov.my
Authority : Director of Marine, Malaysia
Position : South China Sea
Charts Affected : MAL 625 & BA 3445
Cert. No : KLR 0403591
 

NEW LIGHT BEACONS ESTABLISHED
TANJUNG LEMAN
 

Mariners are advised that the following new light beacons have been established at Tanjung Leman, South China Sea. The details are as follow:
 

1. Name : Tanjung Leman Port Position (WGS84) : 02° 09' 17.275" N, 104 ° 00' 23 .216" E
Light Characteristic: FL.R.3s
Range : 5 Nm
Elevation : 5 metres
Structure : Concrete Tower
 

2. Name : Tanjung Leman Starboard Position (WGS84) : 02° 09' 17.549" N, 104 ° 00' 23.216" E Light Characteristic: FL.G.3s
Range : 5 Nm
Elevation : 5 metres
Structure : Concrete Tower
 
(MOHD NAZWAN HAFEEZ BIN HASHIM)
for The Director General,
Marine Department Malaysia.
 
23rd August 2013 
“Ke Arah Negara Kelautan Elektronik”
“Towards e-Maritime Nation”

Wednesday, April 10, 2013

Port Circular 07/2013

Port Circular 07/2013


Tuesday, March 26, 2013

Trip Ke Pulau Aur Dan Pemanggil

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Merujuk kepada tajuk seperti diatas,kami ingin memaklumkan bahawa trip ke Pulau Aur atau Pulau Pemanggil menggunakan Bot " DUYUNG II "buat masa ini adalah ditangguhkan atas sebab kesihatan tekong utama iaitu Encik Shahrom yang tidak begitu mengizinkan,dimana kehadiran beliau adalah perlu bagi mengiringi trip ke destinasi tersebut sekiranya berlaku kerosakan atau masalah teknikal bagi trip ke destinasi tersebut ,pelanggan yang berminat untuk membuat trip pancing ke destinasi tersebut masih boleh menggunakan bot alternatif iaitu bot " BLUE OCEAN ".Untuk gambar dan harga sila rujuk ke pautan DISINI.



Sekian Terima Kasih,
Pengurusan " tinggiisland.blogspot.com "


Monday, March 25, 2013

Tuesday, February 19, 2013

Bot Blue Ocean

Dear Our value Customer,we are proud to announced that we have 1 more boat collaborate with us,actually this boat is belong to my uncle,now he has agreed to joint us in our line.So this boat known as " Blue Ocean ".Below is the photo of this boat,since i dont have much time to take a photo of this boat,here i will put the photo which i got from him early..will take a high quality photo soon.now this boat is available open for booking for sport fishing activities.Thank You Very Much.



for price kindly click   HERE





Monday, February 4, 2013

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog kami ini,Kami mengucapkan ribuan Terima Kasih diatas sokongan anda terhadap kami untuk terus memajukan sukan memancing laut dalam di kawasan Tanjung Leman dan Kawasan Pulau-Pulau Sekitarnya.Di kesempatan ini kami mengucapkan :-

"  SELAMAT TAHUN BARU 2013 "


Kepada semua pelanggan dan pengunjung blog kami ini dan kepada anda yang terus setia memberikan sokongan kepada kami,dan di halaman ini juga kami ingin memaklumkan bahawa tiada kenaikan harga dibuat ke atas harga Bot Pancing ,dan tetapan harga adalah mengikut harga seperti pada tahun 2012 yang lepas memandangkan tiada bebanan kenaikan harga minyak diesel dibuat oleh pihak kerajaan.

dan tidak lupa juga kepada pengunjung serta pelanggan berbangsa Cina,disini kami juga mengambil kesempatan mengucapkan  :-

 

" SELAMAT TAHUN BARU CINA " 

☆ 金蛇贺岁 GONG XI FA CAI 2013 ☆