Friday, June 27, 2014

Musim Durian Pulau Tinggi

  

 Durian Pulau Tinggi,diperkarangan resort Azimah


Assalamualaikum Kepada semua pengunjung blog kami, http://tinggiisland.blogspot.com ,
Musim durian untuk tahun 2014 ini jatuh serentak dengan bulan Ramadhan Al Mubarak,boleh dikatakan musim durian tahun ini agak menjadi jika dibandingkan dengan tahun lepas,

  Sehari sebelum berpuasa,Encik Shahrom dan Puan Azimah telah berpeluang mengadakan kenduri kesyukuran sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini,bertempat di Azimah Resort Pulau Tinggi ini.Jemputan terdiri dari penduduk kampung di Pulau Tinggi yang terdiri dari penduduk kampung,pekerja-pekerja resort Tad Marine Resort,pekerja binaan yang sedang menyiapkan kelong kepunyaan Tuanku Sultan Johor dihadapan Kampung Pasir Panjang,Pulau Tinggi serta sahabat handai dan saudara mara dari tanah besar juga turut hadir bagi bersama-sama mengongsi rasa kesyukuran kerana dapat menyambut ketibaan Ramadhan pada tahun ini.

  Kedatangan ramai tetamu pada hari ini memeriahkan suasana di Kampung Pasir Panjang,Pulau Tinggi.Bermacam juadah dihidangkan dan yang istimewanya juadah ini dimasak bersama secara gotong -royong oleh saudara mara kami sendiri.Menu paling tidak dapat dilupakan pada kali ini ialah " Roti Canai",kerana jarang menu ini dapat disediakan,mujur pada kali ini kehadiran salah seorang saudara kami yang mempunyai kepakaran menebar " Roti Canai " menjadikan majlis kenduri pada kali ini agak istimewa.Cuma maaflah,kawan tak sempat nak 'snap' gambar roti canai dek kesibukan tugas melayan tetamu dan saudara mara pada malam itu.

  Siang hari esoknya,seluruh tetamu yang ada dijamu pula dengan buah durian asli dari tanah di bukit Pulau Tinggi.Semua tetamu ini bukanlah orang asing bagi kami,semuanya adalah saudara rapat di sebelah pihak ayah dan ibu kami,Pak Itam,Pak Teh,Pokde,Pakndak dan poksu semua ada ditambah dengan masing-masing semua sudah berkeluarga,makin meriahlah rumah kami pada hari itu .



Pakngah Mehran selaku penjaga rasmi kebun durian di Pulau Tinggi sedang menurunkan hasil durian yang dipungutnya pada pagi tadi
      

Pakngah Mehran bangga dengan hasil durian Pulau Tinggi nya,sempat berposing disamping isteri terchenta

Friday, June 13, 2014

Trip Santai Memburu Ketarap Untuk Lauk Tengahari di Pulau Tinggi,Mersing

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung laman blog Bot Pancing Pulau Tinggi,Mersing,Johor.


Jeti Pasir Panjang,Pulau Tinggi,Mersing,Johor
 Jeti Pasir Panjang,Pulau Tinggi dilihat dari Azimah Resort

Kawan berkesempatan membuat liputan trip memancing pada 13/06/2014 bersamaan hari Jumaat

Tekong Eddy tenang memerah kudrat enjin 15Hp membelah laut Pulau Tinggi

Trip ini hanya disertai oleh kawan dan Eddy sahaja memandangkan bot yang tinggal hanyalah speedboat berkuasa kuda 15Hp yang tertambat di jeti,bot Duyung 2 telah mempunyai tugasan rasmi yang dijadualkan,jadi dengan berbekalkan speedboat fiber sepanjang 16 kaki dan enjin yamaha Enduro 15Hp,kami berlepas dari jeti Kampung Pasir Panjang,Pulau Tinggi demi mencari lauk untuk tengahari Jumaat tersebut.Encik Eddy menekong bot kecil itu ke lokasi yang kawan sendiri tidak pasti,kami berlepas dari jeti pada jam 0800Hrs,dan sampai di lokasi rahsia beliau sekitar 0820Hrs,kawan di luan bot selaku anchor man aka penjaga sauh.Sampai di lokasi,encik tekong mengarahkan kawan membuang sauh,setelah dipastikan sauh telah makan,maka kami berdua pun mula mencangkuk umpan dan melabuhkan tali pancing yang hanya dibelit pada mesin cap   " KITANG " @ " AMBOR,

Tak sampai pun 5 minit," KITANG " kawan telah diragut kasar,cara ragutan tersebut selari dengan ikan yang disasarkan pada hari ini,iaitu " KETARAP",encik tekong memang menyasarkan Ketarap untuk dibuat lauk pada tengahari ini.Kawan sedaya upaya menahan tali dari dihenjut oleh spesis yang terkenal sering memutuskan tali di kawasan berbatu,dari pengalaman yang lepas,kawan memang tidak akan memberi peluang ikan ini untuk masuk ke celah batu,jika gagal,padah akibatnya.Lebih kurang 10 minit bertarung,mangsa berjaya kawan timbulkan ke permukaan,dan dengan bantuan tekong Eddy,ikan tersebut berjaya kami daratkan bersama,kepuasan terpancar di muka kami,kerana dalam hati masing-masing berkata " lepaslah lauk untuk tengahari ".Kawan sempat berposing sebagai kenang-kenangan.

Hasil pertama kami,skala dalam 2kg 1/2

Hasil pertama hari ini dari laut Pulau Tinggi

  
Tidak lama kemudian,mesin " KITANG" Eddy pula disambar rakus,tak lain dan tak bukan,memang " KETARAP" yang menyambar,ketika Eddy berhempas pulas menaikkan mangsanya,tiba-tiba tarikan terasa longgar secara tiba-tiba,dan terpancar tanda kekecewaan di wajah Eddy,dari situ kawan tahu,mangsa telah berjaya meloloskan diri,nasib tidak menyebelahi kami.Setelah 15 minit menunggu disitu,kami berpindah ke " PORT " lain berhampiran ,dan kali ini,nampaknya nasib lebih menyebelahi Eddy,tak sampai setengah jam berlabuh,Eddy berjaya menaikkan seekor Ketarap dan seekor spesis yang kawan sendiri tak tahu namanya,tetapi adik beradik Ketarap jugak lah tu.

 Ketarap Pulau Tinggi.


 Tekong Eddy berlatar belakangkan laut Pulau Tinggi yang teduh


Tepat jam 1100 pagi,kami pon berlepas balik dari padang pancing ,matahari mula terik dan hasil yang kami perolehi pon sudah memadai untuk dijamu sekeluarga pada tengahari nanti.


Keindahan Pulau Tinggi disnap dalam perjalan balik

Wednesday, June 11, 2014

Port Circular No. 09/2014

Port Circular No. 09/2014