Friday, June 27, 2014

Musim Durian Pulau Tinggi

  

 Durian Pulau Tinggi,diperkarangan resort Azimah


Assalamualaikum Kepada semua pengunjung blog kami, http://tinggiisland.blogspot.com ,
Musim durian untuk tahun 2014 ini jatuh serentak dengan bulan Ramadhan Al Mubarak,boleh dikatakan musim durian tahun ini agak menjadi jika dibandingkan dengan tahun lepas,

  Sehari sebelum berpuasa,Encik Shahrom dan Puan Azimah telah berpeluang mengadakan kenduri kesyukuran sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini,bertempat di Azimah Resort Pulau Tinggi ini.Jemputan terdiri dari penduduk kampung di Pulau Tinggi yang terdiri dari penduduk kampung,pekerja-pekerja resort Tad Marine Resort,pekerja binaan yang sedang menyiapkan kelong kepunyaan Tuanku Sultan Johor dihadapan Kampung Pasir Panjang,Pulau Tinggi serta sahabat handai dan saudara mara dari tanah besar juga turut hadir bagi bersama-sama mengongsi rasa kesyukuran kerana dapat menyambut ketibaan Ramadhan pada tahun ini.

  Kedatangan ramai tetamu pada hari ini memeriahkan suasana di Kampung Pasir Panjang,Pulau Tinggi.Bermacam juadah dihidangkan dan yang istimewanya juadah ini dimasak bersama secara gotong -royong oleh saudara mara kami sendiri.Menu paling tidak dapat dilupakan pada kali ini ialah " Roti Canai",kerana jarang menu ini dapat disediakan,mujur pada kali ini kehadiran salah seorang saudara kami yang mempunyai kepakaran menebar " Roti Canai " menjadikan majlis kenduri pada kali ini agak istimewa.Cuma maaflah,kawan tak sempat nak 'snap' gambar roti canai dek kesibukan tugas melayan tetamu dan saudara mara pada malam itu.

  Siang hari esoknya,seluruh tetamu yang ada dijamu pula dengan buah durian asli dari tanah di bukit Pulau Tinggi.Semua tetamu ini bukanlah orang asing bagi kami,semuanya adalah saudara rapat di sebelah pihak ayah dan ibu kami,Pak Itam,Pak Teh,Pokde,Pakndak dan poksu semua ada ditambah dengan masing-masing semua sudah berkeluarga,makin meriahlah rumah kami pada hari itu .



Pakngah Mehran selaku penjaga rasmi kebun durian di Pulau Tinggi sedang menurunkan hasil durian yang dipungutnya pada pagi tadi
      

Pakngah Mehran bangga dengan hasil durian Pulau Tinggi nya,sempat berposing disamping isteri terchenta

No comments:

Post a Comment