Wednesday, June 10, 2015

Trip Haji Masuri pada 09-10 June 2015

Trip Haji Masuri pada 09-10 June 2015


Trip pancing santai aka suka-suka ini disertai oleh kawan dan isteri serta anak-anak kawan turut disertai oleh sahabat lama kami,Haji Masuri dan isteri beliau yang lebih dikenali sebagai Kak Nab dan anak bujang mereka Firdaus aka Fir.

Haji Masuri dan isteri sampai ke Pulau Tinggi pada 08 June 2015 bersama keluarganya,bermalam di Pulau Tinggi untuk 1 malam sebelum turun memancing keesokkan harinya.

09 June 2015-jam lebih kurang 0900hrs kami pon berlepas dari jeti Pasir Panjang,Pulau Tinggi terus ke lokasi pancing di Karang Ngah dengan kelajuan sederhana ,Tekong Shahrom mengemudi bot Duyung 2 ke spot pancing beliau.Pada jam lebih kurang 1100 pagi,kami pon sampai di spot pancing dan tekong pon mengarahkan kami membuang tali pancing yang dicangkuk dengan umpan sotong .Pada waktu siang ini kami cuma berhanyut dan menggunakan teknik appollo sahaja sampailah ke petang.Alhamdulillah spot yang dipilih tidak menghampakan.Kesemua peserta tidak putus-putus menaikkan hasil silih berganti,biarpun tiada spesis besar yang menyambar tali kami,hayalah Kerapu dan Kerisi hijau yang mendominasi tali pancing,namun masing-masing ternyata ceria sekali kerana tali pancing tidak pernah senyap sampai lenguh tangan nak mengayuh mesin pancing kerana paras kedalaman air agak dalam disini.

Apabila malam menjelma,ramai peserta yang kepenatan berjemur dek kepanasan di waktu siang,jadi tak ramailah lagi yang menghulurkan pancing,Tinggallah 3 orang pemancing tegar iaitu isteri kawan,Kak Nab dan Firdaus yang masih bertahan memancing sampai ke dinihari.Yang lain termasuklah kawan dah bersantai dengan selimut di dalam kabin Duyung 2 ,sementelah angin malam yang sepoi-sepoi bahasa dan agak dingin membuatkan mata kami bertambah berat untuk dibuka.
 
10 June 2015 - Pagi menjelang,semua peserta mebasuh muka dan menjamah sarapan yang ala kadar,dan terus menyambung acara memancing appolo seperti semalam.Hinggalah matahari sudah agak terik,kami pon memohon kepada ayahanda merangkap Tekong untuk belayar pulang ke jeti Pasir Panjang memandangkan hasil pancingan kami pon telah mencukupi untuk dibuat lauk untuk seminggu.Jam 1200 tengahari,Tekong Shahrom pon mengemudi stering bot Duyung 2 ke Pulau Tinggi yang dirindui.Sekitar jam 1400Hrs kami pon sampai dengan selamat di Jeti Pasir Panjang,masing-masing menarik nafas lega kerana dapat naik ke jeti dan terbayang-bayang kesejukan air bukit Pulau Tinggi yang dingin akan membasahi badan kami yang melekit ini kerana seharian dibadai wap air masin.Hasil pancingan kami yang tidak seberapa diabadikan di dalam gambar dibawah ini.
 
 
  Awak-awak Fadil sedang mengasingkan hasil pancingan

















Laut teduh menyambut kepulangan kami

No comments:

Post a Comment