Sunday, June 14, 2015

Trip Anak Abah Family- 13/14 June 2015

Trip Anak Abah Family- 13/14 June 2015

Trip ini telah lama dirancang oleh Bro Ahmad Shah untuk keluarga beliau,sekitar 07 February 2015 lagi beliau telah membuat tempahan bot Duyung 2 untuk mengadakan satu trip memancing bersama keluarga beliau.

Akhirnya pada 13 June 2015,tibalah hari yang ditunggu-tunggu dan dirancang sekian lama.Jam 0730hrs,rombongan bro Ahmad Shah dan keluarga telah pon sampai di jeti Tanjung Leman,Mersing.Setelah memaklumkan kepada kawan dan menyelesaikan segala bayaran di jeti yang perlu diselesaikan ,bot Duyung 2 masih tidak kunjung tiba,rupanya terdapat masalah teknikal sedikit pada pagi ini,namun berjaya diatasi oleh Tekong Shahrom dan krew .Pada jam 0900Hrs agak terlewat dari jadual bot Duyung 2 pon menghimpit jeti Tanjung Leman bersedia untuk mengambil peserta memancing diketuai oleh Bro Ahmad Shah.Suasana suram pada awalnya bertukar ceria kembali apabila masing-masing telah memijakkan kaki ke dalam bot Duyung 2.

Tekong Shahrom pon mengemudi bot Duyung 2 ke spot pancing di kawasan Pulau Tinggi.Lokasi memancing di sekitar kawasan Pulau Tinggi namun lebih banyak bermain di belakang Pulau Tinggi.Trip 2 hari 1 malam ini memberikan pelbagai pengalaman kepada keluarga Ahmad Shah,pada 16 June 2015 beliau telah menghantar wassap kepada kawan mengucapkan "Terima Kasih " dan merancang untuk membuat trip pancing pada tahun berikutnya,Insyaallah jika dipanjangkan umur bertemu lagi kita pada masa akan datang.

Kami sekeluarga juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menggunakan perkhidmatan bot kami pada kali ini kepada Bro Ahmad Shah sekeluarga dan memohon maaf kiranya terdapat kekhilafan kami dalam memberikan perkhidmatan selama pihak Tuan berada didalam bot kami.

SEKIAN, TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN.





Bro Ahmad Shah disamping hasil beliau

No comments:

Post a Comment