Tuesday, April 1, 2008

Fishing Trip April 2008

Hari Pertama 30/03/2008 Ahad



Jam 1530hrs ,kawan serta rombongan anak isteri berlepas dari Simpang Renggam




Sempat singgah di gerai ayam golek Sri Tanjung Tomyam di Sedili





Sri Tanjung Tomyam Sedili,sebelum nie kawan pernah singgah sini makan malam,ok jugak





Anak Tauke kedai ayam golek




Rehat seketika boleh menyelamatkan nyawa,kawan tukar pemandu ngan isteri kawan





Jam 1830Hrs sampai di Jeti Tunjuk Laut Tanjung Leman




Pakcik Security yang mesra mengiringi kawan berlepas dari Tg. Leman


Pulau Tinggi menggamit-gamit kedatangan kami



Adik ipor kawan "eddy" menyambut kedatangan kawan,beliau baru selesai menghantar pemancing dari Batu Pahat yang telah menyelesaikan trip mereka.






Ini pula ialah "Jojo" selaku assistant kepada adik ipor kawan





Sepupu kawan,lebih mesra dipanggil dengan panggilan "abang long"




Tekong Otai,iaitu bapak mertua kawan,encik Shahrom Bin Ibrahim sedang memberi
taklimat kepada isteri kawan





Eddy sempat lagi membasuh bot dalam perjalanan pulang ke Pulau




Kami sampai di Pulau Tinggi lebih kurang jam 8 malam,kerana singgah dulu di unjam melayan appolo,malam ini aktiviti kami hanyalah berkaraoke di rumah dan santai di jeti,dalam pada itu sempat juga kami mencandat sotong di jeti.






HARI KE-2 31/03/2008 ISNIN

0630hrs bangun pagi untuk mencari ketam mata merah untuk umpan ketarap
0635hrs air belum surut habis,santai di jeti sambil mencandat dan memancing





0645hrs tiba-tiba seekor yu umbut anggaran berat 3kg tersangkut pada mata kail

0715hrs aktiviti mencari ketam mata merah bermula






0915hrs selesai mencari ketam,dapat lah 2 baldi ketam,lebih mencukupi untuk dibuat umpan



1530hrs menyiapkan barang2 dan menyiapkan bot untuk ke lokasi ketarap



1700hrs bersama eddy,Teh mamat,isteri kawan dan anak sulung kawan bergerak ke lokasi ketarap





1720hrs sampai di lokasi ketarap,air dan arus sangat cantik,kerana air sedang mulai pasang.



1745hrs Ketarap pertama berjaya dinaikkan oleh eddy









Chewah....sedap2 je bergambar ngan Ketarap yang dinaikkan si eddy


seterusnya tiada lagi ketarap yang berjaya dinaikkkan ,kerana air telah mulai pasang penuh,hanyalah tanda dan juga mempinang sahaja yang menyambar umpan

2300hrs kerana tiada lagi sambaran menarik,dan ikan tidak lagi memagut umpan,kami pun beredar ke jeti




Masuk Hari ke-3 01/04/2004 SELASA


0930hrs bangun pagi dan menikmati sarapan dan aktiviti merepair enjin dan merepair wiring bot
1400hrs berlepas ke tg leman bersama eddy dan Teh Mamat untuk menyambut ketibaan sahabat lama kawan
1500hrs sampai di tg leman serentak dengan ketibaan encik Supian dan Sjn Hamdan dari B/fields
1515hrs naik ke Tenggaroh untuk membeli minyak diesel seramai 8 tong dan 1 tong petrol
1545hrs sampai di tenggaroh ,singgah di pasar malam seterusnya mengisi minyak 8 tong diesel di pam minyak di tenggaroh
1630hrs sampai semula di jeti tg leman,menaikkan barang2 dan minyak ,seterusnya berlepas ke Pulau Tinggi.
1730hrs sampai di Pulau Tinggi dan merehatkan diri
2100hrs Aktiviti santai dan karaoke di rumah.
2330hrs santai di jeti dan mencandat sotong.



Masuk Hari Ke-4 02/04/2008 RABU

1000hrs bangun pagi dan sarapan
1030hrs tolong tengok ayah merepair bot fiber dan seterusnya bergotong royong membasuh putra dan duyung,macam kerja kat carwash la pulak.
1130hrs abg long berlepas ke Tg. Leman dengan speed bot untuk mengambil encik Aripin
1430hrs encik Aripin sampai dengan selamat ke Pulau Tinggi setelah puas bermalam di perkarangan Balai Polis Mawai akibat kesilapan teknikal beliau sendiri.


Brader sedang menyiapkan perambut





Pian Sibuk memotong umpan
1630hrs membuat persiapan alat pancing,umpan dan juga bot




Encik Supian tersenyum gembira








Keindahan matahari terbenam







Isteri kawan sedang santai












1830hrs berlepas dari Jeti Pasir Panjang ke lokasi "merah" di belakang pulau



1930hrs sampai di lokasi,menzerokan altitud pada GPS seterusnya melabuhkan sauh




1935hrs aktiviti memburu merah bermula









Jojo bergaya dengan merah





Rupanya tekong yang empunya



2202hrs merah pertama berjaya dinaikkan oleh tali tekong shahrom,membaranya semangat kami




2220hrs encik Aripin berjaya menaikkan kerapu,manakala kami pula masih lagi melayan mempinang dan petanda




2235hrs tali kawan yang disangkakan lekat,berjaya disentak dan terlepas dari batu,namun ketika cuba menggulung tali terasa joran bergegar,kawan pun membuka sedikit drag dan melayan mangsa yang tersangkut pada mata kail, namun ketika kaci tersebut sudah timbul di permukaan ,beliau berjaya melepaskan diri ,putih mata melihat kaci tersebut anggaran berat l/kurang 3kg.






2315hrs Kawan dapat merasa menarik merah ke permukaan,dan berjaya didaratkan







Hari ke-5 03/04/2008 KHAMIS








0030hrs mamat naikkan anak merah






0035hrs ayah menaikkan barracuda lagi







0053hrs Isteri Kawan naikkan kerapu batik la pulak









0210hrs Teh mamat naik anak kaci,tukang posing - anak kawan







0515hrs pian naikkan Abang kaci







0600hrs arus semakin deras ,dan cuaca pula semakin berangin diselang selikan dengan pancaran kilat dan juga ombak yang semakin tinggi ayah mengambil keputusan untuk beralih ke hadapan pulau atas faktor keselamatan.kami beralih ke hadapan pulau.







0630hrs setelah membelah kepekatan subuh,kami sampai di hadapan pulau dan melabuhkan sauh,lokasi ini meminta kami semua membaringkan diri kerana umpan kami tidak disentuh.




0800hrs akhirnya kami mengalah dan menaikkan sauh dan bergerak ke jeti pasir panjang.




0830hrs Kami melabuhkan Gloria di jeti Pasir Panjang,Pulau Tinggi









0900hrs Acara seterusnya membasuh bot supaya sentiasa dalam keadaan bersih apabila hendak digunakan nanti.




2000hrs santai dan karaoke di rumah serta rehat










2200hrs Sedang kami berkaraoke,tetiba Jojo pulang ke rumah sambil menjinjit sotong besar yang dicandatnya di jeti.







HARI KE-6 04/04/2008 JUMAAT







2030hrs Malam ini kami keluar lagi ,lokasi kami karang kapal dan karang angas


2200hrs Malam ini merupakan trip yang tidak menjadi bagi kami,kerana umpan yang dihulurkan langsung tidak disentuh.Seolah-olah langsung tidak ada ikan di dalam air ni.





Namun yang peliknya,Tekong masih tetap menaikkan angas dan mempinang ketika joran kami semua tidak disentuh...







Masuk Hari Ke-7 05/04/2008 Sabtu













Namun pada jam 0700hrs hanya Pian seorang sahaja yang berjaya menaikkan cermin,apa boleh buat,pada jam 0800 ,kami pun balik ke jeti .Mamat yang geram dengan hasil pada malam tadi,melepaskan geramnya dengan mencandat sotong yang sedang tidur di tepi jeti,itulah kalau dah pemancing katakan,






0900hrs mamat mencandat kat jeti melepaskan geram agaknya...


1000hrs tido sampai ke petang


2030hrs bersiap untuk trip bersama speed bot.


2100hrs setelah semua persiapan dalam keadaan siap sedia,kami pun berlepas dari jeti pasir panjang menggunakan speed bot yang disangkut dengan enjin yamaha enduro 15 ekor kuda.


2115hrs sampai dilokasi,iaitu dihadapan chalet nadias inn


2130hrs tiba-tiba drag kitang teh mamat berbunyi kuat sampai terpelanting kitang beliau ke air dek sentakan pemangsa yang menyambar umpan beliau.dan teh mamat sudah mensuspekkan bahawa encik pari lah yang menarik sedemikian kuat. encik supian pula bergilir-gilir dengan Teh


mamat melayan pari tersebut.




Pian sedang melayan pari dengan tekunnya......





2235hrs setelah puas bergelut dalam acara tarik tali bersame encik pari,akhirnya pari tersebut menyerah kalah,dan menampakkan dirinya di permukaan,namun timbul pula satu masalah yang lain,kami tidak membawa sebarang penyangkuk dan juga penyauk, kalau ada pun penyauk,memang tidak muat,sebab besar sangat,anggaran berat yang diberikan oleh teh mamat adalah dalam 10kg, untuk dinaikkan ke dalam speed bot pula adalah berisiko kerana bot kami telah diisi oleh kami berempat,akhirnya keputusan diambil untuk menunda pari tersebut ke pantai ,memandangkan jarak kami dengan pantai pun tak lah jauh sangat,lebih kurang 5 minit kalau diperah habis throttle,kami pun menunda pari tersebut ,namun sedang dalam kami menunda,nasib tidak menyebelahi kami,tali perambut yang digunakan oleh kitang teh mamat tidak mampu menahan lebih lama rontaan sang pari,dan akibatnya pari yang telah pun naik ke permukaan malah boleh disentuh lagi,terlepas,sekali lagi kami berputih mata.





2300hrs dek kerana kecewa kami pun beralih lokasi lain dengan hati yang sangat membara,namun pari sudah terlepas,tiada apa yang hendak dikesalkan lagi.





HARI KE-8 06/04/2008 AHAD




0030hrs lokasi yang kami duga seterusnya ,langsung tidak membuahkan hasil,hanyalah dipelopori oleh mempinang dan juga petanda.


0115hrs eddy balik dari mersing





0135hrs dek kerana masih trauma terlepas pari seberat 10 tan,kami pun mengalah,dan berlabuh semula di jeti pasir panjang,selesai menaikkan enjin dan melabuhkan bot,kami pun membuka gerai burger dek kerana kelaparan di tengah keheningan pagi.


Bekas Manager McDonald sedang memasak burger





0200hrs semua ahli kecuali kawan masuk tido,kawan yang tak dapat tido dek terkenang pari yg terlepas dan juga sakit gigi, mencapai joran dan candat menghala ke jeti melegakan perasan dan sakit gigi.sambil mencandat,kawan melepaskan joran berumpankan sotong baru yang dicandat oleh isteri kawan.bosan kerana tidak dilayan umpan kawan,kawan membiarkan saja sambil meneruskan aktiviti mencandat.





0600hrs kawan menukar umpan kepada kepala sotong yang baru kawan dapat sekejap tadi,tak lama kemudian...jeng jeng jeng.... skriiiiiiiiiiiiiiitttt........drag mesin shimano FB4000 kawan berbunyik,melompat kawan dibuatnye,takut joran terjun ke air, sebaik saja kawan dapat mencapai joran kawan,tetiba sekali lagi skriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttt.....bunyik drag mesin kawan yang ciput itu tanpa henti2,sampai pucat muka kawan,apatah lagi keseorangan di jeti,entah kan ikan,entahkan apa yang menarik tali kawan tu...namun dari pengalaman malamnya,seperti gelagat pari.....setelah puas memberi dan menggulung tali 40lbs bersama perambut abulon 30lbs,mangsa mula menampakkan diri apabila hari semakin cerah,rupanya spesis yu pari @ pari yu,kerana kawan tengok ngan mata kepala kawan sendiri,dia melekap kat pasir dari atas jeti,bila dijentik2 tali,baru lah dia lepaskan pasir tu. Akhirnya kawan berjaya menaikkan yu ini dengan bantuan cangkuk yang kawan stand by kan dalam speed bot semalam selepas terlepas pari 10 tan semalam tu,dengan seorang diri tanpa bantuan sesape,sebab semua ahli masih lagi dibuai mimpi kepenatan.





0715hrs Sebaik mangsa berjaya dinaikkan ke jeti,kawan pun berlari ke rumah untuk mengambil henpon dan juga kereta tolak ,selepas itu barulah bantuan tiba dari ibu mertua kawan yang bangun awal pagi itu...jadi berbaloi jugak penantian kawan,malah sakit gigi pun boleh hilang,ajaib betul...setelah selesai semua,kawan pun apa lagi,mandi2 dan terus terlena dibuai mimpi yu pari.Spesis ini dikenali sebagai YU KIA kata bapa mertua kawan.Kalau Yu Kemejan,rm 400.00 dalam tangan katanya.tapi tak mengapalah, pengubat pari yang terlepas sebelumnya....




1400hrs Barulah kawan bangun dari tidur,yu tersebut telah pun dipotong kecik2 dan dimasukkan dalam es box oleh bini kawan.


Mesin Shimano FB4000,Rod Tinggang ,Tali tak ingat jenis apa... 40lbs,Perambut Abulon 30lbs,Batu Ladung Size 6....






2000hrs hujan lalu di kawasan Pulau Tinggi


2130hrs team pemancing dari kelong Ah Fatt sampai ngan duyung dan transfer ke Gloria,

mereka pun turut menerima nasib yang sama rupanya,tiada ikan di kawasan kelong,hingga memaksa mereka keluar dari kelong dan menyewa bot kawan,nampaknya malam nie tak dapat lah kami menggunakan Gloria,tapi tak mengapa,Duyung sedia berkhidmat.


2145hrs Kami keluar dengan menggunakan Duyung ke karang kapal,labuh sebelah Gloria


2200hrs ayah naik yu umbut



HARI KE-9 07/04/2008 ISNIN



0200hrs barulah ikan rancak makan,melayan petanda,si noreen nie pulak tak berenti naikkan petanda,eehh..pengayir betul budak nie ngan petanda....

Si Noreen tak abis-abis ngan tanda dan mempinangnya


0300hrs Pian naikkan barracuda yang mengacau ikan di bawah


0330hrs Sjn hamdan naikkan kaci


0415hrs kawan naikkan barracuda


0600hrs Pian terlepas ebek,tali bergesel di bawah bot


0700hrs Isteri Kawan melayan petanda dan mempinang


0900hrs stand down


1030hrs stand by berlepas ke Tg Leman

1330hrs berlepas dari Pulau Tinggi


1430hrs sampai Tg Leman

SEKIAN LAPORAN PANCING DARI PULAU TINGGI PADA KALI INI
1500hrs Kawan menutup dengan rasminya trip tergezut kali nie.




SEKIAN TERIMA KASIH





















2 comments:

  1. Good day, we're looking for 4 Day 3 Night Fullboard package to Pulau Tinggi. We prefer night stay in Air-con Room with attached Bath (like Nadia's Inn) and 2 Day Fishing Trips with baits from about 9am to 6pm.

    Can you arrange and how much would it cost?

    Thanks and regards.



    burtchong38@yahoo.com.sg

    ReplyDelete
  2. Thx for you Mr Burt Chong,i'ved send our quotations via your e-mail ,kindly check our quotations thx...

    ReplyDelete