Sunday, June 16, 2024

Melemang Di Raya Haji ( Aidiladha)


Melemang Di Raya Haji ( Aidiladha)


Sebelum melemang,kenalah buat persediaan awal,antaranya,bahan bakar,kami mencari kayu   api sebagai bahan bakar di tepi2 pantai di depan rumah kami je.



Abg Eddy kita gigih memotong dan membelah kayu api untuk digunakan sebagai bahan bakarnya nanti.







Seterusnya Encik Mustapa pula menyediakan santan kelapa,di pulau ni,tak ada kedai jual santan,semuanya terpaksa diproses sendiri,kalau nak keluar ke tanjung Leman semata mata nak beli santan,stand by lah pulak isi minyak bot Rm150.00 semata mata nak keluar.Haaa macam tu



Seterusnya kami beramai ramai pula bergotong royong 1 keluarga memasukkan pulut ke dalam buluh,namun sayangnya,tak ada gambar pulak,kerana memasing tengah sibuk menggunakan skill silat dan kuntau utk memasukkan pulut tu tadi.




Iwan sebagai penjaga api lemang ,sangat cemerlang dengan tugas yang diamanahkan kepada beliau,hinga lemang tersebut masak dengan sangat elok kejadiannya...Alhamdulillah..lepas ni boleh lah open order kot...haa haa

No comments:

Post a Comment