Friday, August 9, 2024

MUSIM DURIAN PULAU TINGGI MENJELMA LAGI - 2024


Maksu Chalet :012-2649460

MUSIM DURIAN PULAU TINGGI  2024

Salam kepada semua pengunjung website kami ini,nampaknya hari ini,buah durian di atas bukit sudah mula berguguran.

Makanya,askar-askar di Kg Pasir Panjang ini terpaksa lah dikerahkan untuk memungut buah durian tersebut,alhamdulillah,ada juga rezeki yang dapat dibawa turun,meski pon terpaksa berperang dengan monyet dan juga tupai.

di bawah ini,dikongsikan berbagai pose oleh askar askar terlibat

Untuk Pautan Video,boleh layari di Youtube yaa,link di bawah ini







Jemput Datang ke Pulau Tinggi untuk merasai kenikmatan durian bukit organik,yang tidak pernah diracun,dan dibaja,hanya dibersihkan ketika musim durian sahaja.














Sunday, June 16, 2024

Melemang Di Raya Haji ( Aidiladha)


Melemang Di Raya Haji ( Aidiladha)


Sebelum melemang,kenalah buat persediaan awal,antaranya,bahan bakar,kami mencari kayu   api sebagai bahan bakar di tepi2 pantai di depan rumah kami je.



Abg Eddy kita gigih memotong dan membelah kayu api untuk digunakan sebagai bahan bakarnya nanti.







Seterusnya Encik Mustapa pula menyediakan santan kelapa,di pulau ni,tak ada kedai jual santan,semuanya terpaksa diproses sendiri,kalau nak keluar ke tanjung Leman semata mata nak beli santan,stand by lah pulak isi minyak bot Rm150.00 semata mata nak keluar.Haaa macam tu



Seterusnya kami beramai ramai pula bergotong royong 1 keluarga memasukkan pulut ke dalam buluh,namun sayangnya,tak ada gambar pulak,kerana memasing tengah sibuk menggunakan skill silat dan kuntau utk memasukkan pulut tu tadi.




Iwan sebagai penjaga api lemang ,sangat cemerlang dengan tugas yang diamanahkan kepada beliau,hinga lemang tersebut masak dengan sangat elok kejadiannya...Alhamdulillah..lepas ni boleh lah open order kot...haa haa

Trip Menjaring Santai Santai Sehari Sebelum Raya Haji

Asssalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia kepada semua Pengunjung setia Blog kami ini,walau telah sekian lama bersawang,sesuai dengan namanya sendiri " laman Sesawang",namun pada kali ini,setelah sekian lama tidak mengirim sebarang berita dan cerita,dan setelah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran ,melepasi cabaran Covid 19,yang pasti meninggalkan pelbagai kenangan suka dan duka kita selama ini,pada kali ini ,kami ingin menyambung semula cerita berkenaan denga Pulau Tinggi tercinta ini,yang telah diusahakan sekian lama,sejak dari tahun 2007 lagi.Mungkin tiada lagi pembaca semeriah dahulu di laman sesawang ini,namun,bagi kami,biarlah laman sesawang ini terus bernafas,untuk menceritakan kisah kisah suka dan duka di Pulau Tinggi ini.




Salah seorang waris Kg Kasir Panjang yang bakal menyambung legasi penduduk di Kg Pasir Panjang ini


Pari Lang dan pari Kulim rezeki untuk hari ni,lepas lah utk dibuat lauk untuk adik2 dan ipar duai yang balik beraya taun ni


Kawan cuma tumpang posing je ....tuannya yang baju merah sebelah tu yang pagi2 lagi dah bergelut mengangkat jaring,rezeki beliau dan tekong beliau hari ni







Syukur Alhamdulillah ,diberikan kesempatan untuk melihat anak2 membesar,sebagai kenangan,gambar diatas adalah orang yang sama,namun diambil pada tahun berbeza.


Friday, June 14, 2024

Pulau Tinggi 14 June 2024

 

Pulau Tinggi-14 June 2024