Kawan dan wife n anak kawan berposing...
Ini adalah trip santai semasa percutian kawan untuk tahun 2009..bersama keluarga dan sahabat yang tidak lain dan tidak bukan encik Supian...kami berlepas dari Tangkak pada jam 1400hrs selepas encik Supian menyiapkan hidangan tengahari nya di warong Big 3 corner.
Seterusnya kami sampai di Jeti Tg. Leman pada jam 1800hrs,itu pun setelah puas singgah di merata-rata tempat untuk membeli bekalan minyak dan makanan untuk seminggu kami di Pulau tinggi nanti..sampai saja di pulau lebih kurang jam 2100hrs....selepas mandi kami pun berkumpul untuk makan malam bersama keluarga ,dan tidak membuang masa,jam 2300hrs..bersama encik Supian kami membawa peralatan ke Jeti Pulau Tinggi untuk berborak2 dan melabuhkan candat untuk mencari umpan segar untuk digunakan pada malam esoknya....Namun sedar dan tidak kerana rancak berborak,tau-tau jam sudah menunjukkan pukul 0600Hrs...wahhhh....tak sedar rupanya hari dah kesiangan...apa lagi kami pun mengangkat punggung untuk masuk beradu...dengan suhu pun sejuk gile,memang sedap untuk beradu nih..tau-tau kawan dikejutkan oleh isteri kawan,ingatkan dah tengahari,rupanya baru jam 0700hrs...rupanya bapa mertua kawan encik Shahrom telah mengarahkan supaya kami mengikut beliau untuk menduga ikan di kawasan unjam .....apa lagi,dengan mata yang masih lagi mengantuk kawan pulak mengejutkan encik Supian,bagai nak mati nak bangunkan beliau....akhirnya pada jam 0800 kami pun sampai di kawasan unjam yang dimaksudkan....airnya sunggug tenang,ibarat memancing di tasik...tekong encik Shahrom pun mengarahkan kami supaya menghulurkan tali ke air..tak sampai 5 minit tekong mendahului peserta lain nya dengan ikan merah beliau....dan tak lupa pula memperli kami ....fuhh terbakar rasenya.... dan akhirnya kami semua berlumba-lumba menaikkan spesis merah tersebut selepas itu,namun kegembiraan itu hanya dapat bertahan selama sejam..kerana selepas itu merah tidak lagi menjamah umpan kami kerana arus telah mati kerana air telah pasang penuh.....dek kerana kami juga perlu menjalankan tugas yang lainnya pada tengahari tersebut..maka dengan berat hati terpaksa juga kami tinggalkan unjam merah itu dengan sedihnya.....hasilnya seramai 31 ekor merah telah berjaya kami bawa pulang pada pagi tersebut....
Nie turn encik Supian lak....
Keluarga Yang sangat bahagia
ReplyDeleteSalam Kenal Sahabat
Salam kembali....
ReplyDeletesalam... apakahabar? yang nie punya trip aku x sempat ambil gambar simpan dalam lap top.. nsb bek korg tlg postkan gambar aku..mekaseh...
ReplyDelete