( Bulan Puasa lak tu )
Pada minggu ini kawan berkesempatan untuk membuat laporan bagi trip Mr. Ah Poh iaitu pemancing tegar dari negara jiran Singapore iaitu salah seorang pelanggan yang sering menggunakan perkhidmatan bot kami selama ini.
Beliau sampai di jeti Tg. Leman pada jam 1000 Hrs ,tepat sepertimana yang dijanjikan,selepas memunggah segala peralatan memancing dan lain-lainnya ke dalam bot Gloria serta memunggah bekalan ais batu,maka kami pun berlepas dari Jeti Tg. Leman lebih kurang jam 1030Hrs ke lokasi pertama .Kami sampai di lokasi pertama setengah jam kemudian...lokasi dirahsiakan...ke ke ke...jangan marah..sebenarnya banyak spot yang dijelajah sampai kawan pun tak ingat spot mana dulu yang kami pergi selama 2 hari tersebut..jadi untuk memendekkan cerita layan lah gambar di bawah ni sebagai kenang-kenangan...
Tekong Menghala ke Lokasi dengan bot Gloria.
Mr Ah Poh (berbaju belang-belang) sendiri selaku pointer bagi peserta trip pada kali ini