Pulau Tinggi,Mersing,Johore.
19 December 2013
Musim tengkujuh tahun 2013 ini agak kuat berbanding tahun lepas,meskipun penduduk di gugusan kepulauan Pulau Tinggi dan Pulau Sibu tidak terlibat dengan ancaman banjir,namun masih terdedah dengan ancaman ombak di musim tengkujuh saban tahun.
Manakan tidak,penduduk kampung di gugusan kepulauan ini bergantung harap kepada bot sebagai pengangkutan utama untuk keluar dan masuk ke pulau,biar pun terdapat berbagai jenis saiz dan enjin yang digunakan,namun dari segi penjagaan bot di laut ,secara teknikalnya adalah sama,kerana kebanyak bot bersaiz besar tidak dapat ditarik naik ke darat seperti mana bot-bot kecil yang menggunakan enjin sangkut contohnya seperti sebuah bot fiberglass bersaiz 18 kaki dengan enjin 60 kuasa kuda ( Kk ),bot seperti ini masih lagi boleh ditarik naik ke darat apabila berdepan dengan cuaca lautan yang ganas demi menyelamatkan bot dan enjin sangkut tersebut.Namun apabila melibatkan bot bersaiz besar di lokasi terpencil seperti Pulau tinggi ini,tiada kemudahan mesin mahu pun kren untuk menarik bot tersebut ke darat,jesteru itu,teknik dan pengalaman di laut sangatlah diperlukan agar bot tersebut terus kekal terapung di atas air memandangkan harga peralatan marin pada masa ini bukanlah murah.
Baru-baru ini,tengkujuh 2013 di Pulau Tinggi ini telah meragut mangsanya yang pertama,iaitu bot milik Jabatan Taman Laut Mersing yang bertanggungjawab menjaga perairan Taman Laut Mersing sekitarnya.Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan pada ketika itu.Menurut sumber,bot tersebut dimasuki air ketika sedang ditambat dihadapan jeti Kg. Pasir Panjang,Pulau Tinggi,Mersing .Pada waktu kejadian,ombak setinggi 2.5 - 3 meter disusuli angin kencang menyebabkan air mencurah masuk ke dalam bot milik mereka hingga menyebabkan bot tersebut tenggelam.
Sehingga berita ini ditulis,bot tersebut telah berjaya dinaikkan dan ditunda ke Jeti Tanjung Leman untuk tindakan lanjut dari pihak Jabatan Taman Laut.Kerugian dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit.
No comments:
Post a Comment