Sunday, June 10, 2012



Trip Santai June 2012


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,kali ini kawan membuat laporan untuk trip tahunan seperti mana yang biasa dilalui pada tahun-tahun yang sebelumnya iaitu "Trip mancing Santai" bersama ahli keluarga dan sanak sedara dimana peserta tetapnya tak lain dan tak bukan Kawan sendiri dan isteri dan anak2,Encik Supian dan isteri serta anaknya (maklumlah...ni lah trip sulung beliau setelah bergelar bapa)..rakan2 dan sahabat handai serta sedara mara  sebagai peserta undangan khas..


Bagi memulakan bicara,Trip ini telah lama jugak kawan dan encik Supian rancang..akhirnya menjadi jugak dan sebagai tambahan,ada lak rombongan bapak sedara dan mak sedara kawan serta anak-anaknya iaitu sepupu kawan yang mahu turut serta di trip 2012 ini,ini tak jadi masalah bagi kawan dan encik Supian...


Jadi rombongan kami berlepas ke Pulau Tinggi pada 31/05/2012 bersamaan hari Khamis..sampai di Jeti Tanjung Leman lebih kurang jam 1630Hrs...seterusnya menunggu bapa mertua kawan dan tekong menyiapkan bot duyung kerana ..sambil menunggu sempat lak budak2 ni meronda-ronda disekitar Jeti Tanjung Leman ni.Pada jam 1730Hrs,selepas memuatkan semua barang-barang kami kedalam bot kami pun berlepas ke Pulau Tinggi,sebelum terus ke Pulau Tinggi,kami singgah di Pulau Sibu Tengah kerana menghantar pelancong sebuah resort tersebut yang ketinggalan bot yang mana beliau sepatutnya menaiki bot pada jam 1530Hrs..tetapi terlewat..jadi kawan pun menawarkan diri untuk menumpangkan beliau dalam perjalanan...dengan kos paling minima (RM200.00)..biasanya kawan charge Rm300.00..tapi ini dikira 'special case'...


Seterusnya kami pun sampai di Jeti Pulau Tinggi lebih kurang jam 1900Hrs..terlewat dari jadual kerana singgah di Pulau Sibu Tengah tadi..sampai saja di Jeti..kerja keras pun bermula kerana memunggah beg-beg kami dan juga barang-barang dapur yang dipesan oleh mak mertua kawan kerana ada pelancong yang agak ramai masuk ke Pulau Tinggi maka secara tak langsung,dapur mak mertua kawan pun tak berhenti lah dari acara memasak.Acara pada malam ini cumalah santai2 dirumah kerana encik Supian dan rombongan Bapa sedara kawan masing-masing penat memandu dari jauh,encik Supian dari KL,bapa sedara kawan dari Perak..

Keesokan harinya ..hari Jumaat..kami bangun pagi dan sarapan ,seterusnya ke Kampung Tanjung Balang untuk menunaikan kewajipan pada hari Jumaat bagi semua umat Islam beramai-ramai..dan seperti biasa sembahyang Jumaat digantikan dengan Sembahyang Zohor kerana kekurangan qariah..dan pada petangnya barulah aktiviti dapat diteruskan dengan bersiar-siar mengelilingi Pulau..sambil tu joran dan mesin dibawa bersama..dah nama pun trip pancing santai2..
Kami berlabuh di belakang Pulau mengikut gerak hati tekong iaitu encik "Angah"



Tak lama kemudian...setelah melabuhkan sauh dibelakang pulau..tekong "angah" pun melabuhkan jorannya..dan tak semena-mena jorannya direntap rakus...oleh spesis yang menghuni lubu dibawah bot...namun muka angah cuma bersahaja...dan..inilah hasilnya..


2 ekor kaci emak dan anak yang lalu lalang lalu tersangkut pada mata kail "angah"...ni encik Supian tolong posingkan je nih..tengok gelagat beliau dibawah..macam2 pos yang dibuatnya..


Dan lagi pos eksklusif dari encik Supian..

Takkan encik Supian sorang nak posing..kawan pun nak jugak posing kan??

Dan disebelah kiri itu lah tuan yang empunya 2 ekor kaci tersebut...yang sebenar-benarnya-Tekong "Angah"..mungkin nampak macam budak-budak..tapi pengalaman beliau dilaut sudah diuji bertahun-tahun sebelum berkhidmat dengan bot kawan..


Ni lak awak2 rasmi encik "Angah"...namanya "Andy"..tak abis2 dengan kerapunya..




Seterusnya setelah hampir 2 jam berlabuh di belakang pulau,dan hari pun hampir gelap,maka kami mengambil keputusan balik ke jeti Pasir Panjang kerana ramai kanak-kanak di dalam bot dan bapa sedara dan emak sedara  kawan pun dah rasa macam nak loya...

Dan perjalanan balik bot kami di pandu oleh sepupu kawan si  "Muiz" yang ingin merasa pengalaman memandu bot..selama ini beliau hanya pernah memandu kereta dan motosikal..kali ini kawan beri peluang kepada beliau untuk menjadi tekong..





Oii..tolong-tolong..tak tau bot ni udah pusing kemana...begitulah jerit "Muiz"

Dan tekong pun segera datang memberi tunjuk ajar kepada beliau..
Macam ni dik...pandangan mesti 20 batu nautika ke hadapan.....

Dan pada keesokan....esok-esok-esok harinya aktiviti memancing tidak dapat diteruskan secara berleluasa kerana kawan ada komitmen untuk membantu emak mertua kawan di dapur kerana bilangan "guest" yang terdiri dari orang2 dari Jabatan Pendidikan yang mengadakan program di kawasan "Taman Laut" disebelah semuanya makan dirumah..dan emak mertua kawan pula kekurangan staff..jadi terpaksalah kawan dan encik Supian menghadkan aktiviti kami...dibawah ini sahajalah beberapa trip yang dapat kami luangkan setelah kerja2 didapur selesai..

Ni la "ASOH" ketika keluar dengan Supian dengan speedboat pd subuh hari..Skala 1 1/2 kg ..jangan marah yek encik Supian...rezeki kawan di subuh hari..


Kawan tekong,encik Supian di luan bot..Helmi di tengah..

Setelah team Bapa Sedara dan Emak Sedara kawan balik...pada hari terakhir sebelum kami pun meninggalkan Pulau Tinggi...sempat jugak kami luangkan masa untuk melabuhkan sauh untuk kali terakhirnya ,keluar dengan menggunakan bot "DUYUNG II"..lokasi di bahagian belakang pulau...


Tapi kawan memang lemah semangat sebab ketiadaan umpan baru..yang ada cumalah umpan sotong yang diambil dari dalm 'ice box' mak mertua kawan..

sekali lagi tekong juga yang merasmikan hasil dengan kerapunya..



Seterusnya isteri kawan lak..



Dan tak lama kemudian,joran Shimano yang baru dibeli di Kluang semasa dalam perjalanan ke sini melintuk kebawah..encik Supian pun cepat2 menyambar jorannya...dan hampir 10 minit bertarung tekong pun bersedia dengan sauknya di tepi birai bot...Jackpot untuk encik Supian..mungkin benar juga kata beliau.."hero hindustan memang selalu menang last2 minute"
seekor GT berjaya dinaikkan oleh beliau..skala dalam 3 1/2 kg ..lihat contoh dibawah ini..


Akhirnya..sebelum balik...

Hang kena ucap terima kasih kat "Angah" sebab perambut hang tu "Angah" yang ikat..kata kawan kepada encik Supian yang tersenyum sampai ke telinga....

Kawan pun tolong posing je lah...


Selepas tak berapa lama..dan ikan pun tak menjamah lagi umpan kami..kami pun beredar ke jeti Pasir Panjang untuk mengemaskan beg dan menutup tirai "Trip Santai 2012" pada kali ini...

Sekalung budi kepada semua pihak yang menjayakan trip ini terutama sekali kepada encik "Angah" selaku tekong rasmi kami dan encik "Andy" selaku awak2 rasmi yang tak penat melabuh dan menarik sauh sepanjang trip kami ini...


"SEKIAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA"


Adik nak pido ekk..nanti mama wat susu..

Tengok ni dik..merah tu tandanya berani...berani mcm abah lah..













2 comments:

  1. aduhai...lama dah x turun ke laut ni...tringin sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas Raya boleh dah turun tu...ikan pun mesti tgh beraya sakan,he he he

      Delete