Wednesday, January 1, 2025

Selamat tahun Baru-2025

🌟 Selamat Tahun Baru 2025! 🌟 

 Kepada para pengunjung dan pelanggan setia Tinggiisland.blogspot.my, Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kepercayaan anda sepanjang tahun ini. Tahun 2025 menjanjikan lebih banyak peluang, pengalaman baru, dan keindahan yang menanti untuk diterokai — termasuk di Pulau Tinggi yang indah ini! Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak kebahagiaan, kesihatan yang baik, dan kejayaan buat anda dan keluarga. Terima kasih kerana terus bersama kami — kami tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak info menarik dan pengalaman pelancongan bersama anda pada tahun yang akan datang. Salam hormat, Pasukan Tinggiisland.blogspot.my

Friday, August 9, 2024

MUSIM DURIAN PULAU TINGGI MENJELMA LAGI - 2024


Maksu Chalet :012-2649460

MUSIM DURIAN PULAU TINGGI  2024

Salam kepada semua pengunjung website kami ini,nampaknya hari ini,buah durian di atas bukit sudah mula berguguran.

Makanya,askar-askar di Kg Pasir Panjang ini terpaksa lah dikerahkan untuk memungut buah durian tersebut,alhamdulillah,ada juga rezeki yang dapat dibawa turun,meski pon terpaksa berperang dengan monyet dan juga tupai.

di bawah ini,dikongsikan berbagai pose oleh askar askar terlibat

Untuk Pautan Video,boleh layari di Youtube yaa,link di bawah ini







Jemput Datang ke Pulau Tinggi untuk merasai kenikmatan durian bukit organik,yang tidak pernah diracun,dan dibaja,hanya dibersihkan ketika musim durian sahaja.