Tuesday, September 22, 2015

Trip Adi Toll @ Geng Sembat pada 19/20 September 2015

Trip Pra-Penutup penghujung 2015
Bro Adi Toll @ Geng Sembat pada 
19/20 September 2015



Trip pancing bagi sesi 2015 bakal menutup tirainya dengan kedatangan monsun dan angin yang sukar diramal dengan berbaki 1 sahaja trip pada bulan Oktober 2015.Team Bro Adi Toll bersama rakan-rakan beliau yang menamakan diri mereka sebagai Geng Sembat telah berkesempatan menjejakkan kaki ke dalam Bot Duyung 2.lokasi yang diperjudikan pada kali ini adalah ke PULAU AUR dengan jangka masa selama 2 HARI 1 MALAM pada tarikh 19&20 September baru baru ini.

Sekitar awal pagi,gerombolan Bro Adi Toll dan rakan-rakan beliau telah mendaftarkan diri di kaunter tiket di Jeti Tanjung Leman sambil kawan sendiri menguruskan bot yang tertambat di depan jeti.Setelah selesai segala urusan pendaftaran di jeti dan bot pon siap memuatkan ais batu,maka perjalanan ke Pulau Aur pon dimulakan pada awal pagi itu,dengan keadaan angin pagi yang bertiup segar.Peserta-peserta masing-masing sibuk menyiapkan senjata masing-masing dalam perjalanan ke mdean pertempuran yang memakan masa lebih kurang 3 jam setengah .

Sehinggalah selesai pertempuran,kesemua peserta masih tetap bersemangat untuk berjuang hingga ke titisan keringat terakhir,meskipun perjuangan belum selesai sepenuhnya,masa yang diperuntukkan telah tiba,masing-masing terpaksa akur untuk menarik tali pancing untuk disimpan hinggalah ke pertempuran yang akan datang .Mengikut maklumat dari Bro Adi Toll sendiri,pertempuran akan datang tersebut juga akan berlangsung tidak lama lagi,mungkin pada awal tahun katanya.

TERIMA KASIH DAN SEKALUNG BUDI KAMI UCAPKAN KEPADA BRO ADI TOLL DAN RAKAN-RAKAN BELIAU KERANA MEMBERI PELUANG KAPADA KAMI UNTUK MEMBAWA ANDA KE MEDAN PERTEMPURAN INI BUAT KESEKIAN KALINYA.

DIBAWAH INI ADALAH SEBAHAGIAN RAKAMAN GAMBAR YANG SEMPAT DIAMBIL HASIL DARI PERTEMPURAN DI MEDAN TEMPUR PADA TRIP TERSEBUT.



Bro Adi Toll dan rakan-rakan melepaskan kehausan di 
Jeti tanjung Leman setelah seharian bertempur di Pulau Aur